Pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mengadakan lawatan kerja meninjau Pusat Internet Komuniti di Kampung Hulu Tembeling. Turut sama, ADN Tahan, YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan khairun Nissa bt Aris.

LIMA MENARA DI HULU TEMBELING TELAH DINAIKTARAF KEPADA RANGKAIAN 4G

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

JERANTUT, 3 OKTOBER 2021 : Sebanyak lima menara telekomunikasi yang terdapat di kawasan Hulu Tembeling, Jerantut telah dinaiktaraf lebih awal daripada jadual sepatutnya pada November 2021.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBrs Dr. Fadlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, lima menara telekomunikasi tersebut terletak di Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi dan Kampung Bantal di daerah Jerantut.

“Terdapat lima menara yang telah pun dinaikkan taraf dan kualiti perkhidmatan serta kelajuan internet amat baik selepas dinaik taraf daripada rangkaian 3G kepada 4G dan penduduk juga sedia maklum tentang kelajuan internet 4G,” katanya.

Pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek menguji keberkesanan liputan internet yang telah dinaiktaraf kepada 4G di Hulu Tembeling. Turut sama, ADN Tahan, YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan khairun Nissa bt Aris.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja ke beberapa kampung di Hulu Tembeling, Jerantut bagi meninjau kadar capaian internet di lokasi pedalaman.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris dan Ketua Kampung Mat Daling, Encik Wan Mohd Sahaimi Wan Ishak.

Dalam pada itu, Dr. Fadlullah Suhaimi berkata, Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan oleh SKMM telah mendapat kerjasama baik daripada pihak Kerajaan Pahang apabila berjaya mencapai sasaran berdasarkan beberapa fasa yang dirancang.

“Fasa1 bagi tempoh 2020 hingga 2022 mempunyai sasaran mengikut suku dan setiap suku berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Kejayaan ini bergantung kepada bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan negeri dari pelbagai aspek dan sekarang sudah ada aplikasi atas talian iaitu Jendela Map di mana pengguna boleh memeriksa kawasan-kawasan yang mempunyai liputan atau tidak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download