YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika melakukan lawatan ke Central Spine Road (CSR) di kawasan Mempaga, Bentong.

CSR SUBPAKEJ 5C DAN 5D BAKAL DIRASMIKAN 7 OKTOBER INI

KUANTAN, 30 SEPTEMBER 2021: Projek Central Spine Road (CSR) subpakej 5C dari Kampung Asap-Kampung Sertik di Bentong dan 5D Bentong bypass sejauh 28.5 kilometer yang telah siap, bakal dirasmikan pada 7 Oktober ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedua-dua subpakej ini ialah sebahagian daripada keseluruhan projek CSR bebas tol sepanjang 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke Daerah Bentong ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

“Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) lagi.

“Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti disebut oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Beliau yakin dengan siapnya CSR ini akan dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan, serta memberi keselesaan kepada pengguna dalam kalangan rakyat.

Selain itu, ia bakal meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download