Kerajaan Pahang menyumbangkan sejumlah RM15,000 bantuan kepada tiga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Negeri Kerdau.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM15,000 KEPADA TIGA JKKK

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

TEMERLOH, 26 SEPTEMBER 2021 : Kerajaan Pahang menyumbangkan sejumlah RM15,000 bantuan kepada tiga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Negeri Kerdau.

Cek sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Kerdau, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Pusat Khidmat DUN Kerdau di Temerloh.

Setiap JKKK diwakili pengerusi masing-masing dengan jumlah bantuan sebanyak RM5,000 bagi setiap JKKK.

Tiga kampung yang menerima sumbangan ialah Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Kerai dan Kampung Paya Perak.

Pada majlis sama turut disampaikan surat tawaran kepada enam pelajar di kawasan Dewan Negeri Kerdau yang ditawarkan dermasiswa dengan tajaan penuh bagi pengajian diploma di Universiti Automotif DRB-Hicom.

Kesemua mereka ditawarkan pengajian jurusan Diploma in Occupational Safety and Health dan Diploma in Procurement Management selama dua tahun setengah. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download