Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang , YB. Dato' Sri Norolazali Sulaiman ketika mengadakan lawatan ke Jalan Kuantan-Gambang berdekatan jejambat (Flyover) Jalan Kuantan Bypass yang sebelum ini menyebabkan kemalangan motosikal.

KEROSAKAN JALAN KUANTAN-GAMBANG TELAH DIBAIKI

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 21 SEPTEMBER 2021 : Pihak berwajib telah mengambil tindakan segera dengan membaiki kerosakan di Jalan Kuantan-Gambang berdekatan jejambat (Flyover) Jalan Kuantan Bypass yang sebelum ini menyebabkan kemalangan motosikal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang , YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, tindakan segera telah diambil bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Hasil siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kerosakan paip air dan pihak Roadcare telah melakukan tampalan sementara,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang selepas melawat jalan berkenaan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang , YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman

Beliau berkata, hasil perbincangan daripada beberapa pihak, kerosakan berpunca daripada takungan air di dalam lapisan jalan yang menyebabkan terbentuk lubang lubang air.

Justeru katanya, pihak PAIP juga telah mengambil tindakan dengan memperbaiki kerosakan tersebut dan sekali lagi kerosakan yang sama telah berlaku di jalan berhadapan dan PAIP telah mengambil tindakan yang sama untuk memperbaiki kerosakan berkenaan.

Katanya lagi, pihak PAIP juga bertindakan menutup saluran paip air yang bermasalah tersebut telah dibuat dan akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Diharapkan penambahbaikan ini dapat mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya dan tidak membahayakan pengguna jalan raya sedia ada. – PAHANG MEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download