Temuramah Abd Rahim Ibrahim, penerima RRP di Kampung Jalan Tegak, Pekan.

RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) CAPAI IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SENDIRI

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Azmaidi Abidin

PEKAN, 18 SEPTEMBER 2021 : Umpama mimpi, tapi itulah yang boleh diucapkan seorang tukang kebun sekolah selepas terpilih menerima Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Abdul Rahim Ibrahim, 59, dari Kampung Jalan Tegak berkata, impian untuk memiliki rumah sememangnya samar apatah lagi dengan pendapatannya sebagai tukang kebun.

Abdul Rahim Ibrahim, 59

“Saya dan isteri, Asiah Mohamad Yatim, 49, rasa amat bersyukur dan gembira kerana memiliki rumah sendiri. Bayangkan lah zaman sekarang harga rumah mahal, nak bina sendiri pun barang-barang mahal.

” Saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang khususnya YAB Menteri Besar Pahang serta kakitangan terlibat, D.O (Pegawai Daerah Pekan) dan semua pihak yang prihatin dengan kehidupan rakyat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini.

Sementara itu, bapa kepada empat orang anak ini turut menyokong usaha kerajaan negeri menambah kuota Rumah Rakyat Pahang kepada rakyat yang benar-benar memerlukan di negeri ini.

“Saya sokong (tambah rumah RRP) maknanya (sebab) ramai lagi orang susah, yang lebih susah daripada saya pun saya tahu dan memang tak mampu nak buat rumah.

“Gaji sekarang ni rendah, tengoklah dalam RM1,100 macam mana nak buat rumah, banyak kawan saya pun duduk rumah sewa, nak tanggung anak-anak lagi. Jadi saya benar-benar berterima kasih atas pemberian rumah (RRP) ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download