Puan Kamsiah Mat Noor bersama anak dan cucunya di Rumah Rakyat Pahang di Cherok Paloh, Kuantan

BERSYUKUR TERIMA RUMAH RAKYAT PAHANG

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Putra Falliq Hakim

KUANTAN , 16 SEPTEMBER 2021: Anak dan cucu kepada Allahyarham Mat Noor Mat penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) bersyukur dan berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana memberikan memberikan Rumah Rakyat Pahang kepada arwah.

Allahyarham Mat Noor yang meninggal dunia baru-baru ini akibat jangkitan COVID-19 meninggalkan Rumah Rakyat Pahang yang diterimanya kepada anak dan cucu beliau.

Menurut anak beliau, Puan Kamsiah Mat Noor, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana memberikan RRP ini kepada arwah ayahnya

“Arwah sangat gembira sewaktu menerima RRP kerana beliau memang mengidamkan untuk memiliki rumah yang selesa buat keluarga disamping melihat keadaan rumah lama yang didiami sejak 30 tahun lalu unzur dan kurang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) dirumahnya di Cherok Paloh, di sini hari ini.

Rumah lama milik Allahyarham Mat Noor Mat penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Cherok Paloh

Beliau juga apabila menceritakan kenangan sewaktu menjaga arwah ayah yang dijangkiti COVID-19 dan bersyukur kerana sempat berbakti kepada ayah sehingga akhir akhi hayat.

“Arwah seorang yang baik dan ceria, selalu memberikan nasihat kepada anak dan cucunya, sebelum dijangkiti COVID-19, arwah hanya menghidapi penyakit ringan sahaja dan tiada penyakit kronik,” katanya.

Katanya, arwah sempat mendiami RRP yang diterimanya selama enam bulan sebelum dijangkiti COVID-19 dan menghembuskan nafas terakhir selepas tujuh hari kemudian.

Allahyarham Mat Noor dahulunya menyara keluarga dengan mengambil upah menoreh getah dan memanjat pokok kelapa, meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat jangkitan COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download