Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

KUANTAN, 15 SEPTEMBER 2021: Kerajaan Pahang mengumumkan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada Sri Sanjeevan Ramakrishnan ditarik balik dan dibatalkan.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – PAHANGMEDIA

Share this: