Kerja-kerja pemasangan fiber optik ke menara telekomunikasi POS Lemoi di Cameron Highlnds.

DUA PENEMPATAN ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLANDS BAKAL NIKMATI TALIAN 4G

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 15 SEPTEMBER 2021: POS Lemoi dan Perkampungan Orang Asli Telimau di Cameron Highlands akan mendapat rangkaian talian 4G selepas dua menara baharu di kampung berkenaan akan siap beroperasi pada penghubung Oktober depan.

Dua menara baharu ini adalah daripada 28 menara baharu yang dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun 2021 dibawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Pahang yang dijalankan secara kerjasama SKMM dengan Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

Menara di POS Lemoi terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Highlands yang mempunyai seramai 127 orang pelajar.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan masyarakat orang asli dari beberapa buah kampung seperti Kampung Lemoi, Kampung Telimau, Kampung Chenan Cerah dan Kampung Tilip.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, secara keseluruhan melalui pelaksanaan JENDELA di Cameron Highlands, sebanyak 23 menara telah dirancang untuk dibina dimana baki 21 menara lagi akan bermula dalam masa terdekat.

“Dibawah usaha yang sama, sebanyak 13 stesen pemancar akan dinaiktaraf kepada rangkaian 4G dan lapan kampung Orang Asli akan mendapat perkhidmatan internet jalur lebar satelit.

Kerja-kerja pemasangan fiber optik ke menara telekomunikasi POS Lemoi di Cameron Highlands.

“Bagi perkhidmatan talian tetap, rangkaian di 4,370 premis telah dirancang untuk dinaiktaraf dan sehingga kini 916 telah siap dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan siapnya semua inisiatif ini dijangka pada penghujung tahun 2022, masyarakat di kawasan sasaran di sekitar Cameron Highlands akan mendapat perkhidmatan internet yang lebih baik dan berkesan.

“Ini membuktikan Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri besar, Dato’ Sri Haji wan Rosdy Wan ismail terus berusaha merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dan bandar demi memastikan semua rakyat negeri ini mendapat akses kepada internet yang lebih baik dan laju sekaligus mampu meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download