Pengarah JAKOA Pahang, Encik Johari Alwi (tiga dari kanan) ketika mengiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan TYT Duta Kesatuan Eropah, Encik Michalis Rocas ketika melawat Kampung Orang Asli Gumum, Pekan, semalam. FOTO: Muhamad Amiruddin Ani / Unit Korporat SUK.

ORANG ASLI DIVAKSIN DIJANGKA CAPAI 80 PERATUS HUJUNG BULAN INI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

PEKAN, 12 SEPTEMBER 2021 : Peratusan Orang Asli di negeri ini yang menerima suntikan vaksinasi COVID-19 dijangka akan meningkat kepada 80 peratus menjelang hujung bulan ini berbanding hanya 60 peratus buat masa ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Encik Johari Alwi berkata setakat Jumaat pihaknya telah merekodkan lebih 30,000 orang yang layak telah divaksinkan.

“Status terkini vaksinasi Orang Asli telah mencapai 60 peratus setakat Jumaat, dan kalau ikut kita punya target bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan juga target daripada task force, insyaAllah kita akan capai 70 hingga 80 peratus dihujung September ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Encik Johari Alwi.

“Jadi kalau ikut keseluruhannya kita dah vaksinasikan sekitar lebih 30,000 orang daripada 50,000 orang lebih yang layak,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di Kampung Gumum.

Beliau berkata daerah tertinggi bagi penerimaan suntikan vaksin ialah daerah Raub dan Bera yang telah mencapai 80 peratus.

“Daerah tertinggi sekarang ini Raub dan Bera. Raub dah almost (hampir) 80 peratus dah, Bera pun dah 80 lebih (peratus).

“Paling rendah kita lihat di sini (Pekan). Tapi saya difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dah mula dah hari ini dan insyaAllah dia akan capai juga target 80 peratus.

“Kalau Kampung Gumum ini dah lebih 80 peratus dah penduduk yang telah divaksinkan lengkap dua dos,” katanya.

Pahang merekodkan sebanyak 54,154 orang Orang Asli yang layak divaksinkan yang berusia 18 tahun ke atas melibatkan kesemua 11 daerah di negeri ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download