Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

UMNO PAHANG SAMBUT BAIK SARANAN TIMBALAN PRESIDEN TENTANG PENDIRIAN PAS

KUANTAN, 11 SEPTEMBER 2021: Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden, YB Dato’ Sri Mohamad Hasan agar PAS yang merupakan rakan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), membuat pendirian sama ada mahu bersama MN atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15 kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, saranan itu wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada pilihanraya umum tersebut jika kedua-dua MN dan PN membuat keputusan untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang sama.

“Di Pahang, sepertimana diperakui sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Ustaz Rosli Jabar dan Timbalannya, YB Encik Andansura Rabu; pilihannya ialah MN yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, MN juga telah diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini, demi kejayaan cemerlang menghadapi PRU-15.

“Oleh itulah saya berharap, PAS Pusat dapat turut membuat pendiriannya sepertimana saranan Dato’ Sri Mohamad. Ia agar dapat turut mengelak kekeliruan dan perasaan syak-wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO malah saya percaya, juga dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS sendiri,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download