Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk Orang Asli di Pekan hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN SANTUN PENDUDUK ORANG ASLI GUMUM

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

PEKAN, 11 SEPTEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk Orang Asli di daerah ini.

Baginda yang meraikan lawatan TYT Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Encik Michalis Rocas yang masuk hari kedua telah bercemar duli ke Kampung Orang Asli Gumum.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Muzium Sultan Abu Bakar untuk melihat beberapa koleksi Kesultanan Melayu Pahang yang dipamerkan.

Dalam lawatan tersebut, baginda dan rombongan turut mencuba memakan sireh dengan tunjuk ajar daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Orang Asli Gumum, Nashita Dewi K. Paramanantham.

Baginda turut mempamerkan kebolehan menyumpit apabila kesemua sumpitan baginda mengenai sasaran dalam lawatan kira-kira 2 jam tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Masjid Sultan Abdullah.

Baginda yang sebelum itu melakukan tinjauan udara bersama TYT Encik Michalis Rocas turut berkenan mencemar duli meninjau kawasan Tasik Chini dan mendengar sembah taklimat berkenaan tasik tersebut.

Baginda turut berkenan membawa TYT Encik Michalis Rocas dan rombongan melawat Masjid Sultan Abdullah sebelum seterusnya berangkat ke Muzium Sultan Abu Bakar untuk melihat beberapa koleksi Kesultanan Melayu Pahang yang dipamerkan.

Baginda kemudiannya telah berkenan melawat tiga buah ladang melibatkan ladang madu kelulut, ladang madu lebah, dan ladang fertigasi timun sebelum berangkat pulang.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ketua Bahagian Perdagangan dan Ekonomi EU, Encik Francesco Floris; Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkipli; dan YM Tengku Aiman Putra Tengku Dato’ Sri Kamal Bharin. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download