Pengerusi PahangGo Sdn Bhd, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika merasmikan Pejabat PahangGo di KOTASAS, hari ini.

PAHANGGO TERUS MUDAHKAN URUSAN MASYARAKAT

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

KUANTAN, 10 SEPTEMBER 2021 : Aplikasi PahangGo yang dibangunkan dan mula beroperasi sejak tahun 2019 telah menjadikan Pahang antara negeri yang melaksanakan konsep pentadbiran digital di negara ini.

Pengerusi PahangGo Sdn Bhd, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, selain memudahkan urusan seharian rakyat Pahang, aplikasi ini bertujuan untuk mengajar masyarakat untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi yang membabitkan penggunaan internet.

Pengerusi PahangGo Sdn Bhd, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika merasmikan Pejabat PahangGo yang turut diadakan secara atas talian di KOTASAS, hari ini.

“Kalau orang muda mungkin dah biasa dan mahir guna internet, berbeza dengan yang dah berumur kena biasa kan diri. PahangGo satu aplikasi yang friendly dan mudah untuk digunakan oleh setiap lapisan masyarakat.

“Secara keseluruhan sehingga kini aplikasi PahangGo yang telah dimanfaat hampir 200,000 pengguna telah banyak memudahkan urusan serta menjimatkan masa rakyat di negeri ini terutamanya dalam menunaikan tanggungjawab membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pembayaran levi atau fi kepada agensi kerajaan negeri dan pelbagai pembayaran lain yang membabitkan urusan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas merasmikan Pejabat PahangGo di KOTASAS, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo Sdn Bhd, Encik Affandi Mohd Isa dan Penasihat PahangGo, Tuan Haji Nur Iskandar Othman.

Dalam pada itu, Encik Affandi yang ditemui berkata, carian hak milik tanah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang dilancarkan pada minggu lalu telah menerima lebih daripada 250 carian hak milik.

“Carian hak milik tanah ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain selepas ini dan hasil carian berkenaan boleh diambil sendiri di pejabat terlibat berbanding sebelum ini yang menggunakan kaedah pos.

“Satu perkara lagi ialah kemudahan bayaran parkir kini diperluaskan ke daerah Maran bermula 1 September lalu dan kita kini dalam persediaan untuk melaksanakan kemudahan sama (bayar parkir) di Daerah Raub pula tidak lama lagi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download