YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan De Rhu City Cafe milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Kuantan.

DE RHU CITY CAFE PASTI TIDAK MENGECEWAKAN – YAB MB

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 9 SEPTEMBER 2021: “Pasti tidak mengecewakan,” antara ulasan pertama daripada YAB Menteri Besar Pahang setelah mencuba makanan di kafe baharu milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di sini.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berkata, De Rhu City Cafe dibawah De Rhu Beach Resort ini menyajikan makanan setaraf kualiti di hotel terkemuka.

De Rhu City Cafe milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Kuantan

“Alhamdulillah pagi tadi saya telah dijemput oleh pihak PKPP untuk merasmikan De Rhu City Cafe dan sebaik sahaja merasmikan DeRhu Cafe, saya telah dijamu dengan makanan dan minuman pagi, mi rebus dan mushroom soup dan garlic bread dnan rasanya sama macam di hotel,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato’ Suhaimi Mohd Yunus; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Timbalan Pengerusi PKPP, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin dan Pengurus Besar Kenangan Utuh Sdn Bhd, Encik Mohd Reza Abdul Rashid.

Beliau berkata, kafe yang mula beroperasi hari ini sehingga 5 petang di dalam kawasan pejabat PKPP ini akan dilanjutkan waktu pengoperasiannya.

“Kafe ini akan dibuka pada public mulai hari ini. Buat masa ini sehingga 5 petang dan insyaAllah akan dipanjangkan sehingga 10 malam. Jadi saya harap orang ramai dapat mencuba makanan di DeRhu Cafe pasti tidak mengecewakan, insyaAllah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak PKPP dan De Rhu di atas pembukaan kafe berkenan dan mengharapkan orang ramai dapat mencuba sendiri makanan yang ditawarkan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download