Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail ketika mengadakan lawatan ke makmal Pahang Skill Development Center (PSDC) semalam.

PSDC JALINKAN PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YAYASAN PENERAJU

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 9 SEPTEMBER 2021 : Pahang Skill Development Center (PSDC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) melalui Federation of Malaysian Skills Development Centre (FMSDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail berkata, kerjasama antara Yayasan Peneraju dan PSDC merupakan satu kerjasama strategik, di dalam melahirkan seramai mungkin anak bumiputera untuk menceburi bidang teknologi dan berkemahiran tinggi.

“Program kerjasama yang telah dijalankan melibatkan Program Latihan untuk Siswazah (PLUS), fokus kepada golongan lepasan siswazah diploma dan ijazah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke makmal Pahang Skill Development Center (PSDC) di sini, semalam.

Beliau berkata, manakala bagi tahun ini Program Peneraju Skill Dana TVET Tambahan untuk golongan yang bekerja mula dijalankan di PSDC.

Program tersebut bertujuan menggalakan lebih ramai pelatih Bumiputera sama ada lepasan siswazah ataupun mereka yang telah bekerja untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan memperoleh Sijil Kemahiran Teknikal atau Industri disamping menyediakan tenaga kerja keperluan Industri.

Antara bidang teknologi yang menjadi fokus kepada kerjasama strategik ini ialah Internet Of Things (IOT), Drone Technology dan Mekatronik.

Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Mohd Yusri Mohd Nor turut merakamkan penghargaan kepada pihak Yayasan Peneraju.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memberikan komitmen dalam melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing selepas ini melalui kursus kursus yang ditawarkan bersama Yayasan Peneraju. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download