Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim
KUANTAN, 08 SEPTEMBER 2021 : Kerajaan Pahang hari ini menyampaikan surat ucapan tahniah kepada dua Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik.
Dua Ahli Dewan Negara berkenaan adalah YH. Senator Dato’ Ajis Sitin dan YH. Senator Dato’ Juhanis Abd Aziz.

Surat ucapan tahniah ini disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.
Dewan Negeri Pahang sebelum ini telah bersetuju memilih kedua-dua Senator ini sebagai Ahli Dewan Negara yang berkuatkuasa pada 25 Ogos lepas.
YAB. Menteri Besar Pahang dalam penyerahan surat tersebut turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan kedua-dua Senator ini dapat menjalankan tugas yang baik demi negeri ini.
Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Pahang. -PAHANGMEDIA