Puan Teh Embong, 65, atau lebih dikenali sebagai Mak Teh di hadapan Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Pahang di Kampung Tiram, Kuantan.

BANTUAN RUMAH RAKYAT PAHANG AKHIRI KESUSAHAN HIDUP WARGA EMAS

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 3 SEPTEMBER 2021 : Kesukaran hidup yang dihadapi oleh warga emas yang tinggal di rumah usang warisan keluarga berakhir apabila menerima Bantuan Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma daripada Kerajaan Pahang.

Puan Teh Embong, 65, atau lebih dikenali sebagai Mak Teh berkata, rumah lama yang didiami dahulu sudah usang di mamah usia, bumbung bocor, lantai rumah sudah mula reput, berlubang dan pernah beberapa kali jatuh kerana lantai berlubang kerana reput.

Puan Teh Embong, 65, atau lebih dikenali sebagai Mak Teh di hadapan rumah lamanya yang sudah uzur di Kampung Tiram, Kuantan.

“Dahulu jika hujan, perlu ambil selimut bagi menutupi ruang yang bocor dan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang sejuk, setelah menerima rumah RRP ini, keadaan sangat selesa berbanding dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) dirumahnya di Kampung Tiram di sini baru-baru ini.

Mak Teh turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB Menteri Besar Pahang di atas sumbangan rumah RRP ini.

Puan Teh Embong, 65, atau lebih dikenali sebagai Mak Teh di hadapan Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Pahang di Kampung Tiram, Kuantan

Mak Teh yang dikurniakan dua orang anak perempuan dahulunya menyara kehidupan sebagai pemandu lori dan mengambil upah membasuh pakaian.

Namun kini beliau yang menghidapi pelbagai penyakit kronik bergantung sepenuhnya dengan sumbangan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin masyarakat setempat.

Sementara itu, anaknya, Puan Zuraini Hassan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana memberikan sebuah kediaman yang selesa buat ibunya berteduh.

Zuraini yang menghidapi penyakit barah payudara kini tinggal bersama ibunya bagi mendapatkan rawatan susulan untuk mengubati penyakit yang dihidapi.

Beliau turut beliau berharap bantuan sebegini diteruskan kerana ia sangat membantu golongan yang tidak berkemampuan seperti ibunya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download