YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Program Apresiasi Anak Merdeka hari ini.

HARGAI PERJUANGAN PEMIMPIN TERDAHULU

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 31 OGOS 2021 : Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan secara hybrid pagi tadi diharap dapat mengimbau kembali keperihan pejuang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun orang ramai tidak dapat hadir secara berdepan namun tontonan secara maya diharap dapat menyentuh hati segenap lapisan rakyat.

“Kita berkesempatan mengimbau kembali negara kita pada 64 tahun lalu di mana bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan kerana perjuangan yang dilalui sangat panjang kerana kita telah dijajah oleh beberapa dan yang lebih gembirakan ialah kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah berbanding negara-negara lain.

“Ia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita terdahulu yang berbincang dengan pihak British serta pada masa sama kita berpakat antara semua kaum yang ada bagaimana kita ingin capai kemerdekaan.

“Lihat hari ini, negara kita berkembang maju walaupun dalam keadaan majmuk berbilang bangsa, kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni di mna perpaduan antara kita masih kuat dan menghasilkan kestabilan,” katanya pada Program Apresiasi Anak Merdeka hari ini.

Menemani beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Seramai 40 daripada 2,407 orang rakyat Pahang yang lahir pada tarikh hari ini berkesempatan bersiaran langsung dan beramah mesra dengan YAB Menteri Besar Pahang.

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut meminta lebih 200,000 rakyat di negeri ini yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin di MySejahtera agar berbuat demikian.

“Saya harap mereka yang belum mendaftar agar segera mendaftar, sekiranya kita telah divaksin maka dalam diri kita telah ada pertahanan daripada dijangkiti virus COVID-19, kalau kena (jangkit) sekalipun tidaklah teruk hingga ke tahap empat atau lima.

“Saya juga berhadap semua rakyat di negeri ini terus menjaga SOP bagi memastikan penularan penyakit ini dapat kita kawal seterusnya berusaha mengekang kes sehingga ke angka sifar,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download