YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Syarahan Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, semalam.

50 PERATUS RAKYAT DI PAHANG LENGKAP DUA DOS VAKSIN

Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim 

KUANTAN, 31 OGOS 2021: Kira-kira 50 peratus rakyat Pahang berusia 18 tahun yang layak untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 telah lengkap menerima dua dos vaksin berkenaan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi menyelesaikan masalah rakyat yang belum menerima vaksin, berapa langkah dan usaha telah dilaksanakan.

“Antaranya memberikan suntikan vaksin secara terus seperti program ‘outreach’ dan akan pergi ke kampung-kampung untuk memberikan suntikan vaksin,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Syarahan Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, semalam.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad diatas kejayaan mengadakan pelbagai program walaupun berhadapan dengan kekangan akibat wabak pandemic COVID-19.

“Walaupun penganjuran progam sebegini terpaksa diubah mengikut kesesuaian norma baharu akan tetapi ia bukan penghalang kepada penganjuran program program yang bermanfaat untuk para pelajar khususnya.

“Penganjuran ini perlu bagi mencungkil bakat anak anak muda walaupun penganjurannya berbeza daripada sebelum penularan COVID-19, apa yang penting ia dilaksanakan dan dapat menyediakan medan untuk anak anak pelajar mencungkil bakat yang ada,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download