Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tuan Haji Yusoff Othman selepas menyempurnakan penyerahan bantuan MAFI Prihatin dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Kompleks LKIM Kuala Pahang, di Pekan.

NASIB NELAYAN TERUS TERBELA

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 30 OGOS 2021 : Nasib nelayan terus dibela dengan bantuan yang disediakan bagi meringankan beban mereka terutamanya ketika dilanda wabak pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tuan Haji Yusoff Othman berkata, penyerahan bantuan 30 kotak makanan di Pahang dan sebanyak 400 kotak seluruh negara di bawah Program MAFI PRIHATIN adalah antara usaha yang dilakukan untuk membantu golongan nelayan.

“Sebanyak 400 kotak makanan diagihkan kepada nelayan di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM1,000 bagi meringankan beban nelayan yang terjejas dalam tempoh pandemik ini.

Seorang nelayan Kampung Kuala Pahang di Pekan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan di Kompleks LKIM Kuala Pahang, di Pekan.

“LKIM akan sentiasa memainkan peranan sebagai agensi yang bertanggungajwab untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan menumpukan peningkatan pendapatan selain memastikan bekalan ikan negara mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan bantuan MAFI Prihatin dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Kompleks LKIM Kuala Pahang, di sini.

Pada majlis itu juga, sebanyak 2,000 Jalur Gemilang telah diagihkan kepada 30 buah bot nelayan dan penduduk di kawasan Kuala Pahang.

LKIM juga telah melaksanakan Kempen Kibar Jalur Gemilang dengan ‘flag off’ perarakan bot nelayan di Kuala Pahang yang dihiasi dengan jalur gemilang.

Sementara itu, para nelayan di seluruh negara diminta menanam sikap semangat patriotisme dan cintakan negara dan kebersamaan memerangi wabak COVID-19 yang melanda.

“Biarpun dalam pandemik, para nelayan wajar menyambut bulan kebangsaan dengan pelbagai cara seperti kibarkan jalur gemilang di bot atau kawasan rumah nelayan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download