Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin ketika mengadakan lawatan ke Jambatan gantung Sungai Dingin di Mentakab sebelum dibaikpulih.

JAMBATAN GANTUNG SUNGAI DINGIN SIAP DIBAIK PULIH

KUANTAN, 29 OGOS 2021: Jambatan gantung Sungai Dingin di Mentakab yang sebelum ini diarah tutup serta-merta kerana keadaannya membahayakan keselamatan pengguna kini telah siap dibaik pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, proses membaik pulih jambatan berkenaan mengambil masa selama sebulan dan kini penduduk sudah boleh menggunakan kembali jambatan gantung berkenaan dengan selamat.

Katanya, penduduk kampung juga sangat berpuas hati dengan jambatan baharu ini kerana lebih kukuh berbanding sebelum ini.

“Jambatan lama sebelum ini rosak teruk akibat banjir pada awal tahun ini, namun Kerajaan Pahang telah mengambil keputusan segera bagi membaiki jambatan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga dalam masa yang sama berterima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa peka dengan masalah rakyat.

Dalam masa yang sama beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang mempercepatkan proses menaiktaraf jambatan ini.

Sebelum ini media melaporkan, jambatan gantung berkenaan menjadi laluan penduduk untuk pergi ke bandar serta berbagai urusan lain termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Situasi tersebut mengundang kesulitan kerana penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jauh untuk ke jalan utama Temerloh Mentakab. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download