Hari kedua Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI: WAKIL RAKYAT TIDAK JEMU SELESAI MASALAH RAKYAT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 24 OGOS 2021: Menyelesaikan isu rakyat, itulah yang dilakukan oleh wakil rakyat yang sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah yang timbul terutamanya ketika musim pandemik melanda.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, YB Dato’ Khairuddin Mahmud berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar dari awal telah melaksanakan langkah proaktif dalam membantu rakyat.

“Sebut apa sahaja golongan sama ada daripada yang terkesan, hilang pendapatan, ibu tunggal, keluarga miskin, nelayan, pemadu teksi, pemandu grab, peniaga kantin sekolah telah disalurkan bantuan daripada PKP 1 hingga sekarang ini.

“Kita selaku wakil rakyat ambil inisiatif setiap hari ada sahaja senarai baru mereka yang dikuarantin kita terima, jadi sama ada kita sendiri atau wakil pasti akan tampil hantar bantuan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, seiring dengan moto yang dibawa YAB Menteri Besar Pahang iaitu ‘tiada janji lihat bukti’, maka setiap wakil rakyat harus menyelesaikan masalah di kawasan masing-masing secara bijak dan saksama.

“Begitu juga dengan apa yang dikatakan wakil rakyat daripada pembangkang, semua yang diperkata kita dah buat termasuk memperhebatkan program vaksinasi.

“Kita cadangkan dan melaksanakan apa jua perkara yang memberi manfat dan kebaikan kepada rakyat dan ia akan berterusan selagi amanah dipegang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download