YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), hari ini.

20,000 POKOK PELBAGAI JENIS DITANAM DI HSK BATU TALAM

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 23 OGOS 2021 : Sebanyak 20,000 pokok dari pelbagai jenis termasuklah spesies pokok hutan dan buah-buahan nadir telah ditanam di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini Program Kempen Penanaman Lima Juta Pokok di negeri ini telah digerakkan menerusi kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 70 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), hari ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bahawa mereka telah menggerakkan banyak NGO untuk menanam pokok-pokok di hutan simpan di Batu Talam, Alhamdulillah saya difahamkan melebihi 20,000 pokok telah ditanam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Pekarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), petang tadi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Datuk Bandar MBK, YH Dato’ Hamdan Hussin, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, YBhg Tuan Haji Sabarudin Yeop Hamza dan Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Antara NGO yang terlibat menghutankan semula HSK Batu Talam ialah Persatuan Pencinta Alam Negeri Pahang, Sultan Ahmad Shah Environment Foundation (SASEF), Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP), Skuad Bencana Pahang dan Majlis Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Jelasnya, usaha penanaman pokok bukanlah inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pahang bagi memulihara HSK apabila pihak kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas supaya aktiviti penanaman pokok yang dirancang dapat direalisasikan dengan baik. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download