Oleh : Shazli Sufi Che Unik
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
BENTONG, 20 OGOS 2021: Kerajaan Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar sangat mengambil peduli isu berkaitan rakyat Pahang terutamanya yang terjejas berikutan pandemik COVID-19
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak berkata, melalui pelbagai agensi yang ada, YAB Menteri Besar Pahang akan meneliti segala masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk dibantu dengan sebaiknya.
“Kerajaan dibawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail prihatin dengan keadaan rakyat di Negeri Pahang, oleh sebab itu pelbagai bantuan diberikan secara berfasa kepada golongan sasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang dan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini secara pandu lalu.
Sementara itu, beliau berkata, pada majlis ini seramai 72 orang wakil pegawai masjid dan surau di daerah Bentong menerima inisiatif jubah.

Selain itu katanya, seramai 12 orang p pekerja dan pengusaha kantin serta dewan makan menerima BBP, tujuh orang penerima bantuan kewangan Pengerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan PePIMA daerah Bentong dan dua orang penerima insentif kecemerlangan SPM 2020 daripada sekolah menengah agama daerah Bentong.
Katanya, ini jelas membuktikan Kerajaan Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang prihatin akan kesusahan rakyat Pahang dan akan terus menerus memberikan pelbagai bantuan yang dapat meringankan beban rakyat Pahang. – PAHANGMEDIA