Oleh: Fairus Mohd
PEKAN, 19 OGOS 2021 : Pengalaman bekerja di kantin sekolah selama lebih 20 tahun menjadikan kerja tersebut sebagai punca pendapatan utama bagi menampung kehidupan.
Bagi Puan Kamisah Husin, 62, pandemik Covid-19 yang melanda sejak tahun lalu menyebabkan sekolah ditutup dan tidak dapat bekerja.

“Memang sukar bagi makcik untuk meneruskan kehidupan sebab dulu ada pendapatan (kerja kantin) tapi sekarang dah tak boleh kerja seperti biasa.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana turut memberi bantuan kepada pekerja-pekerja kantin dan dewan makan sekolah seperti kami,” katanya.
Pekerja dewan makan asrama di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, Puan Nora Shahida Abu Bakar, 31, juga menzahirkan rasa terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri..
“Alhamdulillah kerana kami juga tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dan ia sedikit sebanyak meringankan beban hidup.
“Bolehlah untuk buat belanja dapur ketika keadaan pandemik masih tidak nampak akan pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Seorang lagi pekerja kantin di Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Puan Latifah Abdullah, 66, turut rasa bersyukur dan gembira menerima BPP.
“Tak sangka juga Kerajaan Negeri menyenaraikan kami sebagai penerima bantuan. Rasanya tak pernah lagi Pekerja kantin dan dewan makan sekolah terima bantuan khas sebegini.
“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana peka dengan setiap lapisan rakyat yang kini sedang melalui keaukaran hidup akibat pandemik yang masih belum berakhir,” katanya. -PAHANGMEDIA