Jabatan Perikanan Pahang melabuhkan sepuluh tukun tiruan bernilai RM325,000 di perairan Cherok Paloh bagi meningkatkan sumber perikanan dan habitat marin di kawasan tersebut.

10 TUKUN TIRUAN DILABUHKAN TINGKAT SUMBER PERIKANAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 16 OGOS 2021 : Jabatan Perikanan Pahang melabuhkan sepuluh tukun tiruan bernilai RM325,000 di perairan Cherok Paloh bagi meningkatkan sumber perikanan dan habitat marin di kawasan tersebut.

Pengarahnya, Encik Abdullah Jaafar berkata, kesemua tukun tiruan jenis konkrit yang seberat tiga tan sehingga 42 tan setiap satu akan dilabuhkan di sekitar empat hingga lima batu nautika dari perairan pantai.

“Kita melabuhkan sepuluh unit tukun tiruan di pantai Cherok Paloh Kuantan yang mana bertujuan untuk melindungi sumber perikanan ikan pantai daripada diceroboh oleh pukat tunda sebab fungsi dia adalah untuk menghalang pukat tunda.

Jabatan Perikanan Pahang melabuhkan sepuluh tukun tiruan bernilai RM325,000 di perairan Cherok Paloh bagi meningkatkan sumber perikanan dan habitat marin di kawasan tersebut.

“Yang kedua, ialah untuk tukun rekreasi juga yang mana boleh nelayan-nelayan atau pemancing-pemancing rekreasi datang ke sini untuk memancing bagi tujuan rekreasi menangkap ikan yang kaya di perairan Kuantan di Negeri Pahang.

“Ini sudah tentu menggalakkan lagi sektor pelancongan di Pahang ini selain kita dapat memulihara sumber perikanan khususnya di Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Melabuh Tukun Tiruan Negeri Pahang Tahun 2021 di Pantai Cherok Paloh hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin; dan Pengurus Besar Tourism Pahang, YBhg. Encik Kamaruddin Ibrahim.

Menurut beliau lagi, tukun tiruan ini juga dapat memberi pendapatan sampingan kepada para nelayan apabila sumber perikanan telah bertambah.

“Kita memang menggalakkan nelayan-nelayan untuk menambah pendapatan dengan memberi sewa bot-bot nelayan dengan kelulusan Jabatan Laut untuk datang memancing.

“Di samping memperkayakan sumber perikanan yang sedia ada spin over effect pada usaha-usaha penangkapan ikan di luar daripada perikanan pantai lebih dari lima batu nautika,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar MBK berharap dengan penambahan tukun tiruan di perairan sekitar Kuantan ini dapat menarik lebih ramai lagi pemancing dalam dan luar negara untuk datang ke negeri ini.

“Ini juga satu produk yang amat penting untuk bandaraya muncul sebagai satu bandaraya yang berdaya saing pada masa depan di mata pelancong atau pelabur,” katanya.

Jabatan Perikanan Pahang melabuhkan sepuluh tukun tiruan bernilai RM325,000 di perairan Cherok Paloh bagi meningkatkan sumber perikanan dan habitat marin di kawasan tersebut.

Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim, beliau yakin aktiviti pelancongan di bandaraya Kuantan akan bertambah berikutan penambahan tukun tiruan di perairan ini.

“Bagi peminat sukan memancing ini mereka boleh menggunakan tukun ini dari segi gunasama untuk aktiviti mereka.

“Dan ia juga memberi manfaat kepada Kuantan yang dikenali macam satu bandar pesisir pantai yang menyediakan makanan laut. Jadi dengan adanya tukun ini sumber makanan laut untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha restoran kita akan bertambah baik,” katanya.

Sebanyak 269 unit tukun konkrit telab dilabuhkan di perairan laut Negeri Pahang bermula tahun 2006 sehingga 2020 melibatkan peruntukan kira-kira RM4.4 juta. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download