Kerajaan Pahang melalui Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menanam 50 pokok bakau di pinggiran Sungai Kuantan hari ini.

MBK TANAM 50 POKOK BAKAU

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 14 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang melalui Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menanam 50 pokok bakau di pinggiran Sungai Kuantan hari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata penanaman pokok bakau ini bertujuan memastikan kelestsrian ekosistem.

“Kita menanam 50 pokok jenis bakau minyak dan bakau kurap hari ini dalam usaha memelihara alam sekitar sebagai warisan generasi masa hadapan.

“Penanaman pokok bakau ini juga adalah bagi memperkaya dan memperkukuhkan lagi sumber nutrien tanah kawasan ini yang menjadi habitat bagi flora dan fauna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menanam pokok bakau dalam Program Penyelenggaraan Laluan Pejalan Kaki di Pinggiran Sungai Kuantan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda menanam pokok bakau di pinggiran Sungai Kuantan hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; dan Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Beliau berkata selain penanaman pokok bakau ini, pihaknya juga dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) turut menyelenggara kawasan berkenaan.

“Kita juga menyelenggara pokok mati di sepanjang laluan pejalan kaki ini bagi memastikan ianya selamat dan terjaga rapi bagi memudahkan orang ramai untuk menggunakannya.

“Selain itu, kita juga membersihkan kawasan sekitar dengan bantuan 30 kakitangan daripada MBK dan JPNP,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download