Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Ir Razali Kassim ketika mengunjungi Puan Meriam Muhammad, 76,di Kampung Sabak Feri untuk melihat sendiri kerosakan rumah milik warga emas ini.

SUKARELAWAN BANTU BAIKI RUMAH WARGA EMAS

Oleh: Fairus Mohd

MUADZAM SHAH, 11 OGOS 2021 : Kesulitan hidup rakyat terus mendapat perhatian wakil rakyat setempat yang sentiasa berusaha mencari jalan keluar dan penyelesaian terbaik untuk mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Ir Razali Kassim berkata, usaha terus dilakukan walau terpaksa mendepani cabaran pandemik ketika ini.

“Saya berkesempatan singgah ke rumah penduduk, Puan Meriam Muhammad, 76,di Kampung Sabak Feri untuk melihat sendiri kerosakan rumah milik warga emas ini.

“Kerosakan teruk pada bahagian bumbung dan dinding akan dibaiki oleh sukarelawan yang juga penduduk kampung pada hujung minggu ini secara gotong-royong,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini.

Menurutnya lagi, kos kerosakan masih dalam penilaian namun usaha membaiki rumah warga emas tersebut tetap akan dilakukan pada waktu yang ditetapkan.

“Kita mahu pastikan makcik Meriam dapat hidup selesa selepas ini tanpa bumbung dan dinding yang bocor di sana sini.

“Saya berharap agar mereka yang memerlukan bantuan terus tampil kepada ketua kampung atau ketua komuniti masing-masing bagi memastikan tiada yang tercicir atau terpinggir dalam mendapat perhatian sewajarnya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds