Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika merasmikan kursus professionalisme pendakwah serta bantuan khas RM500 secara one-off kepada 127 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang secara maya, baru-baru ini.

KERAJAAN NEGERI PAHANG HARGAI PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 7 OGOS 2021: Kerajaan Negeri Pahang menghargai segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sokongan itu dizahirkan melalui sumbangan serta bantuan berterusan bagi memastikan usaha dakwah yang dilakukan berjalan lancar.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat memudahkan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja murni, kerja dakwah dan mendekati Orang Asli serta memelihara mereka yang telah memeluk agama Islam.

“Pada majlis ini juga saya telah menyampaikan beberapa hasrat YAB Menteri Besar Pahang dalam memperkasakan hal ehwal Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kursus professionalisme pendakwah serta bantuan khas RM500 secara one-off kepada 127 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang secara maya, baru-baru ini.

Turut sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato’ Dr Zulkifle Ali; Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Ruslan Said; YB Senator Dato Haji Isa Ab Hamid; Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Ustaz Fadzli Mat Saman serta Ketua Pembangunan Modal Insan MUIP, Ustaz Sheikh Firdaus Sheikh Osman.

Sementara itu wakil Penggerak, Ustaz Abu Yazid Muahhmad menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail terhadap segala usaha mereka.

“Terima kasih Kerajaan Negeri melalui JAIP yang begitu banyak kelangsungan bersama kerana sentiasa menjaga kebajikan kami dan bersama kami dalam kerja-kerja dakwah yang dilakukan selama ini.

“Terima kasih juga kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sentiasa bekerjasama dalam menggarap sebuah kemenjadian dalam visi dan misi dakwah di negeri Pahang khususnya kepada masyarakat orang asli,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download