Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada peniaga bagi perkhidmatan penghantaran (COD) yang berdaftar dengan Majls Daerah Jerantut (MDJ).

71 PENIAGA COD TERIMA BANTUAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 6 OGOS 2021 : Seramai 71 peniaga bagi perkhidmatan penghantaran (COD) yang berdaftar dengan Majls Daerah Jerantut (MDJ) menerima sumbangan bakul makanan sumbangan Kerajaan Pahang.

Penyerahan bakul makanan tersebut dilaksanakan secara pandu lalu oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah di perkarangan MDJ.

YB. Dato’ Haji Nazri berkata, sumbangan tersebut adalah usaha kerajaan menyantuni setiap peringkat rakyat di negeri ini dengan menyelami kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, yang begitu peka dan prihatin terhadap nasib yang menimpa kebanyakan rakyat yang sedang bergelut bagi meneruskan kehidupan ketika pandemik melanda,” katanya.

Jelasnya, dalam situasi negara ketika ini yang sedang melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berperingkat, ramai rakyat terkesan sehingga ada yang menjalankan perniagaan secara COD sebagai inisiatif menggantikan kaedah perniagaan biasa.

Perniagaan menerusi perkhidmatan penghantaran ini juga antara lain dapat mengurangkan kontak dengan orang ramai sekali gus dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik COVID-19 ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download