Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima.

RAKYAT PAHANG YANG MEMERLUKAN TERUS TERIMA BANTUAN

Oleh: Fairus Mohd

TEMERLOH, 6 OGOS 2021 : Pelbagai situasi dan ujian hidup yang dihadapi segelintir penduduk di negeri ini mendapat perhatian dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan apa jua permasalahan yang dihadapi rakyat malah terus mencari solusi terbaik untuk membantu.

“Sebagai contoh hari ini saya turun padang bersama pemimpin setempat menyampaikan sumbangan cek bantuan Pusat Khidamat Masyarakat Dun Kerdau dari YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail kepada empat orang penduduk sekitar DUN Kerdau.

“Mereka ialah warga emas, pesakit kronik, Ketua Balai Polis Kerdau yang kemalangan serta penduduk yang menjadi mangsa ribut di Kampung Pekan Kerdau baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata, walaupun pembayaran agak lewat kerana memenuh prosedur audit dan kewangan negeri yg wajib setiap kali proses penjelasan, namun pemohon tetap menerima manafaatnya.

“Saya berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu kesulitan yang dialami mereka yang terlibat.

“Begitu juga dengan penduduk lain yang memerlukan bantuan, tampil lah berjumpa ketua kampung atau mana-mana pemimpin setempat agar penderitaan mereka dapat diringankan dengan sebaik-baik bantuan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download