Sebanyak enam buah rumah di Kampung Ulu Luit di sini yang terlibat dalam kejadian ribut kira-kira 7 petang, Isnin lalu mendapat perhatian daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran.

ENAM BUAH RUMAH DI KAMPUNG ULU LUIT DIBADAI RIBUT DIBERI BANTUAN

Oleh: Fairus Mohd

MARAN, 5 OGOS 2021 : Sebanyak enam buah rumah di Kampung Ulu Luit di sini yang terlibat dalam kejadian ribut kira-kira 7 petang, Isnin lalu mendapat perhatian daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran.

Beliau yang diwakili Ketua Penerangan UMNO Bahagian Maran merangkap Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Pejabat Menteri Besar Pahang, Encik Jamaluddin Mad Marzuki turut menyampaikan bantuan segera kepada semua mangsa terlibat.

Encik Jamaluddin berkata, beliau hadir mewakili YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza untuk melihat keadaan dan menyampaikan bantuan kepada semua mangsa ribut di enam buah yanng terlibat dan lima daripadanya yang mengalami kerosakan teruk.

“Tiada mangsa yang cedera dan mereka telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kita juga telah menyampaikan bantuan berbentuk tilam toto, barang makanan serta kain batik dan pelikat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini.

Beliau turut hadir melawat mangsa bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Luit, Othaman Abdul Rahman serta Ketua UMNO cawangan Kampung Ulu Luit, Zulkifli Soh serta Pasukan Penyelarasan UMNO Dun Luit.

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata kejadian berkenaan telah diambil perhatian dan menanti laporan penilaian daripada ketua kampung bagi mendapatkan bantuan Kerajaan Negeri. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download