YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KEBIADABAN AHLI JEMAAH MENTERI TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN

KUANTAN, 4 OGOS 2021: YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menganggap kata-kata yang dikeluarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Zuraida Kamaruddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam satu program televisyen beberapa hari lepas dianggap biadab.

Beliau berkata, kata-kata yang terpacul daripada seorang anggota Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan tentunya sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan apatah pula menjadi ‘precedent’ yang tidak boleh dibenarkan berulang.

“Oleh itu, tindakan sewajarnya hendaklah menyusul demi menegakkan prinsip-prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, serta Kesopanan dan Kesusilaan sepertimana termaktub dalam Rukun Negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download