Adik Zulaikha Al-Hasanah Zulkalnain Shamsi, 21, menghidapi yang menderita penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (TB) tahap kritikal selepas selesai pembedahan.

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH MENTERI BESAR PAHANG – IBU ADIK ZULAIKHA

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 31 JULAI 2021 : “Alhamdulillah, terima kasih YAB Menteri Besar Pahang.”

Itu ungkapan pertama Puan Noraini binti Sulaiman, ibu kepada adik Zulaikha Al-Hasanah Zulkalnain Shamsi, 21, menghidapi yang menderita penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (TB) tahap kritikal.

Sebelum ini YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meluluskan RM21,000 untuk membayar bil pembedahan adik Zulaikha yang memerlukan pembedahan segera.

Menurut Puan Noraini Sulaiman, beliau dalam keadaan sebak menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga apabila mengatahui YAB Menteri Besar Pahang bersetuju untuk menampung kos pembedahan tersebut.

Puan Noraini binti Sulaiman

Beliau menyatakan pada awalnya bimbang kerana melihat kepada kos yang diperlukan untuk pembedahan adalah diluar kemampuannya keluarga dan sangat terharu serta bersyukur kerana YAB Menteri Besar Pahang sudi membantu mereka sekeluarga yang benar-benar dalam kesempitan.

Perhatian pantas yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Pahang berkaitan keadaan adik Zulaika bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa adik Zulaika juga membuktikan YAB Menteri Besar Pahang peka dan memahami perit jerih rakyat Pahang yang sedang di dalam kesempitan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pegawai Unit Wanita ,Puan Norbaini Abu Bakar dan semua yang terlibat dalam membantu adik Zulaikha secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa anaknya kini dalam keadaan stabil dan sudah mula menunjukan perubahan yang positif, akan tetapi masih lagi di dalam pemantauan kerana tekanan darah yang masih rendah dan masih perlu dipapah untuk bergerak.

Beliau juga mohon agar sama sama mendoakan kesembuhan buat anak beliau agar dapat kembali menyambung pengajian seperti biasa. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download