Majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diadakan di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), hari ini.

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

Oleh : Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 29 JULAI 2021 : Majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diadakan di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), hari ini.

Majlis yang berlangsung mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) itu dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh bekas Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa, YH. Dato’ Haji Ahmad Faizul Ghazali al-Hafiz.

Majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diadakan di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed serta barisan EXCO Kerajaan Pahang.

Jemputan yang hadir menunaikan Solat Maghrib sebelum menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato’ Dr. Zulkifle Ali.

Majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diadakan di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), hari ini.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Hj Osman kemudiannya memimpin bacaan Yasin dan doa selamat sebelum majlis berakhir pada pukul 8.40 malam. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download