YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada YH, Dato Badli Shah Alaudin hari ini.

11 PENGETUA DAN PEGAWAI MENERIMA SURAT KENAIKAN PANGKAT

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 28 JULAI 2021: Seramai 11 orang pengetua dan pegawai menerima surat kenaikan pangkat daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Turut mengiringi penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berharap kenaikan pangkat ini dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk terus berkhidmat dan menabur bakti kepada Negeri Pahang dengan lebih proaktif lagi.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas kesudian meraikan mereka yang dinaikan pangkat hari ini.

Antara yang menerima surat kenaikan pangkat tersebut dan dinaikan pangkat daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S52 kepada Gred S54, ialah YH, Dato Badli Shah Alaudin dan Tuan Haji Zakaria Bin Haji Mohammad daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Manakala Pegawai Hal Ehwal Islam Gred LS48 yang dinaikkan pangkat kepada Gred LS52 ialah Encik Abu Kasim bin Pilus dan Encik Mohd Khir Bin Zainal Abidin daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

Selain itu seramai tujuh orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG52 yang dinaikan pangkat kepada gred DG 54 iaitu Puan Siti Meriam Binti Mohammad , Encik Mazril Bin Yahya, Encik Azmi Bin Aman, Puan Noraini Binti Abdul Manap, Encik Hasanuddin Bin Mat Isa dan Encik Mohammad Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof daripada JAIP.

“Sekalung tahniah juga diucapkan atas kenaikan pangkat dan semoga dengan kenaikan pangkat tersebut akan memberikan motivasi untuk terus menyumbang dan menabur bakti kepada masyarakat negeri Pahang khususnya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download