JKM PAHANG TERUSKAN BANTUAN SOKONGAN PSIKOLOGI

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 27 JULAI 2021: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang masih meneruskan program bantuan sokongan psikologi atau kaunseling sepanjang musim pendemik COVID-19 ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Pengarah JKM Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

Pengarah JKM Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pihaknya menjadi perintis dan negeri pertama di Malaysia yang telah menubuhkan Psychological Support Team (PST) sejak November 2018 lagi.

Katanya lagi, program sokongan psikologi ini diteruskan hingga ke hari ini dan semakin memainkan peranan dalam keadaan negara yang sedang dilanda wabak COVID-19.

“Berdasarkan statistik bermula 1 Julai sehingga 16 Julai lalu, seramai 137 orang telah mendapatkan program bantuan sokongan psikologi ini dengan melibatkan seramai 75 lelaki dan 62 wanita.

“Selain itu, sepanjang tahun lalu, 767 perkhidmatan kaunseling diberikan kepada golongan yang tampil menghubungi pihaknya di semua daerah bagi rujukan pelbagai isu dan masalah melalui 968 ujian psikologi dan 143 bengkel interaktif,” katanya ketika dihubung Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Katanya lagi, perkhidmatan bantuan sokongan psikologi secara percuma ini diharapkan dapat membantu ramai pihak yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download