Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Inovasi Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff turun padang bersama Ahli Dewan Negeri Cheka, En. Lee Ah Wong; Penghulu, Ketua Kampung dan wakil MCMC meninjau keadaan menara telekomunikasi di Kampung Relai, Kerambit Lipis, hari ini.

SEDIA PEMANCAR SEMENTARA ATASI MASALAH INTERNET DI KAMPUNG RELAI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

LIPIS, 26 JULAI 2021: Kerajaan Pahang dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DIGI akan menyediakan struktur pemancar sementara bagi menambah kapasiti menara sedia ada di Kampung Relai, Mukim Cheka 2 agar capaian internet di kawasan tersebut dapat ditingkatkan kepada 4G.

Pada masa ini, menara di Kampung Relai bergantung kepada trasmisi dari teknologi VSAT yang mempunyai kapasiti terhad dan hanya mampu menyediakan liputan 2G dan 3G sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Inovasi Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff turun padang bersama Ahli Dewan Negeri Cheka, En. Lee Ah Wong meninjau keadaan menara telekomunikasi di Kampung Sungai Lik, Kerambit Lipis, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata pemancar ini akan digunapakai sehingga menara baharu siap dibina.

“Pihak Digi akan menyediakan pemancar sementara untuk memastikan (menara) dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik sedikit kepada penduduk.

“Kita akan naikkan pemancar sementara ini yang sebelum ini capaiannya dari 3G ke 4G. Kita akan buat satu contoh di kampung ini, kita nak tengok betapa berkesan cadangan-cadangan untuk memberikan wifi secara percuma.

“Pemancar sementara ini akan diguna sehingga siap menara yang ada. Dan projek ini (pembinaan menara) dijangkakan siap pada akhir suku tahun pertama iaitu pada 2022 nanti,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang mengadakan perbincangan bersama Ahli Dewan Negeri Cheka, En. Lee Ah Wong di Kerambit disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Lawatan Menara Telekomunikasi dan Bertemu Pengadu dan Pemimpin Kampung Relai, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong; dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor.

Beliau berkata pihaknya akan melipatgandakan usaha dalam pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam kadar yang lebih cepat.

“Suasana pada hari ini, dalam pada kita menghadapi pandemik COVID-19 ini ia menyebabkan kita punya pelaksanaan itu kerana keperluan yang sangat mendesak.

“Padahal sebelum ini perancangan ini memang kita laksanakan tanpa kita mengambil kira tentang apa yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini. Disebabkan COVID-19 ini, semua benda menjadi segera,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Pahang menganggarkan pencapaian internet di negeri ini berada pada tahap 96 peratus pada penghujung tahun hadapan.

“Dan juga kita anggarkan penghujung 2022 ini pencapaian internet di Pahang adalah sebanyak 96 peratus.

“Jadi di mana pada waktu itu penggunaan tidak akan menghadapi masalah yang besar sangat. Cuma bagi jangka masa pendek sekarang sahaja,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download