Seramai 960 orang penduduk terlibat dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra yang dulunya dikenali sebagai Flat Pak Mahat di Kuantan.

960 PENDUDUK PPRS PINGGIRAN PUTRA DIVAKSIN

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 26 JULAI 2021 : Seramai 960 orang penduduk terlibat dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra yang dulunya dikenali sebagai Flat Pak Mahat di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar berkata, program outreach selama dua hari itu memudahkan rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Inisiatif MOVAK melalui kerjasama pintar antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perpaduan Negara ini berlangsung hari ini dan esok untuk semua penduduk terlibat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar ketika memantau Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra yang dulunya dikenali sebagai Flat Pak Mahat di Kuantan hari ini.

“Ia berjaya mempercepatkan proses vaksinasi penduduk pinggir bandar, luar bandar atau pedalaman terutamanya di kawasan ‘hotspot’ yang dikesan termasuk di sini (Pak Mahat),” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, kerjasama baik semua pihak melancarkan usaha yang dilakukan dan berharap agar program ini turut dilaksanakan beberapa kawasan lain yang juga berada dalam senarai ‘hotspot’ seperti Sungai Isap.

“Ia juga bergantung kepada bekalan vaksin, jika bekalan sampai banyak kita boleh laksanakan di kawasan merah lain dan memastikan setiap lapisan penduduk di negeri ini dapat divaksin,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah berkata program berkenaan berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada penduduk.

“Bagi Daerah Kuantan, PPRS Pinggiran Putra ini merupakan lokasi pertama program MOVAK dan sasaran hari ini seramai 600 orang penduduk divaksin manakala selebihnya pada hari esok.

“Kita berharap program ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 seterusnya mencatat penurunan atau sifar kes di daerah dan negeri ini secara keseluruhan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download