Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 25 JULAI 2021 : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki yang meninggal dunia pada 16 Julai lepas.
Lelaki berkenaan Lukman Bin Haris, 65, dimaklumkan beralamat terakhir di C 502 B, Jalan Kenanga, Kampung Bukit Ubi, Kuantan namun alamat berkenaan tidak wujud.
Pihak HTAA juga telah berusaha mendapatkan maklumat pesakit dengan bantuan Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak menemui apa-apa maklumat berkaitan lelaki ini.
Jenazah Lukman yang merupakan warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap kini ditempatkan di rumah mayat HTAA.
Sehubungan itu, pihak HTAA meminta ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali allahyarham pesakit bolehlah segera menghubungi Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya. -PAHANGMEDIA