YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak bertanya khabar penduduk di Bukit Fraser yang bakal menerima vaksin di Kompleks Sukan Bukit Fraser hari ini.

90 PERATUS PENDUDUK BUKIT FRASER LENGKAP DOS KEDUA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 24 JULAI 2021 : Seramai 313 orang penduduk Bukit Fraser iaitu kira-kira 90 peratus telah lengkap kedua-dua dos suntikan COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Bukit Fraser.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kesemua penduduk yang layak menerima vaksin telah lengkap menerima suntikan mereka.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak bertanya khabar penduduk di Bukit Fraser yang bakal menerima vaksin di Kompleks Sukan Bukit Fraser hari ini.

“Lebih daripada 90 peratus daripada penduduk yang berusia 18 tahun dan ke atas di Bukit Fraser telah divaksin termasuklah penduduk yang tinggal di bahagian Selangor lebih kurang 20 ke 30 orang,” katanya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail dan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF), Encik Kamaruddin Ibrahim.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak bertanya khabar penduduk di Bukit Fraser yang bakal menerima vaksin di Kompleks Sukan Bukit Fraser hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, penerimaan masyarakat terhadap pemberian vaksin kini semakin baik di mana kadar ketidakhadiran bagi temujanji hanyalah sebanyak satu hingga lima peratus berbanding sebelum ini sebanyak 30 peratus.

“Kehadiran ke pusat-pusat vaksin di Pahang ini bertambah baik, kalau awal-awal vaksinasi dulu ada pusat-pusat yang mencecah 30 peratus ketidakhadiran, tetapi sekarang secara purata yang tidak hadir di kebanyakan pusat lebih kurang lima peratus dan ada pusat-pusat yang satu peratus. Jadi penerimaan masyarakat kepada vaksinasi ini memang baik sekali,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha memastikan penduduk di kawasan berisiko bencana dapat menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19 menjelang penghujung November bagi mengelakkan penularan pandemik terbabit ketika sedang bergelut menghadapi bencana musim tengkujuh nanti.

Sementara itu, Encik Kamaruddin Ibrahim berkata, pihaknya berpuas hati terhadap proses pemvaksinan yang melibatkan lokasi pelancongan popular itu sebagai persediaan pengoperasian sebaik sahaja sektor pelancongan dibenarkan dibuka semula nanti. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download