Rosli Mahmod ketika ditemui di kedainya hari ini.

DISKAUN PENYEWA PBT: BANTU PENIAGA HADAPI KESAN PANDEMIK COVID-19

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 23 JULAI 2021 : Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh seorang peniaga orang kurang upaya (OKU) selain hanya ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang mengumumkan diskaun atau potongan sehingga 50 peratus ke atas sewaan bulanan bagi premis-premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Pahang.

Rosli Mahmod yang berniaga barangan runcit di Pasar Basah Kuantan hampir 15 tahun menzahirkan kesyukuran dan ucapan terima kasih di atas diskaun sewaan tersebut yang sangat membantu beliau dalam menampung keperluan keluarga.

Beliau yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak dari lahir mengakui sangat terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, akan tetapi beliau memahami tindakan tersebut adalah untuk mengawal jangkitan COVID-19.

Yap Yak Din

“Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang… Memang sekarang saya sangat terkesan dengan keadaan COVID-19 ini. Dengan enam anak yang masih bersekolah dan saya seorang sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga, memang agak terkesan.

“Saya sangar bersyukur dan berterima kasih kerana YAB Menteri Besar memahami kesusahan rakyat di negeri Pahang ketika ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang hari ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Yap Yak Din berkata, beliau sudah berniaga hampir 40 tahun mengakui keadaan sekarang sangat memberi kesan kepada perniagaan beliau kerana pembeli baik dari luar dan dalam Negeri Pahang kurang berkunjung ke kawasan tersebut.

Justeru katanya, potongan 50 diskaun kadar sewa tersebut dilihat sangat membantu peniaga kedai runcit kecil-kecilan seperti beliau.

Kerajaan Pahang menetapkan pemberian diskaun atau potongan sehingga 50 peratus ke atas sewaan bulanan bagi premis-premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Pahang.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian diskaun atau potongan ini ialah untuk selama empat bulan iaitu bagi Jun, Julai, Ogos dan September 2021 di mana seramai 6,237 penyewa, peniaga dan penjaja akan menerima manfaatnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download