COVID-19 : LIMA KES KEMATIAN BAHARU, TIGA KES BERKAIT DUA KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 21 JULAI 2021 : Terdapat lima kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dengan tiga kes berkaitan dua kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 220 kes.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah

“Kes ke-216 merupakan seorang lelaki berumur 41 tahun dari Taman LKNP Bukit Setongkol, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting. Kes ke-217 merupakan seorang perempuan berumur 28 tahun dari Taman Shahzan, Kuantan.

“Kes ke-218 merupakan seorang perempuan berumur 55 tahun dari Kampung Bangau, Temerloh. Kes ke-219 merupakan seorang lelaki berumur 54 tahun dari Kampung Lada, Jerantut. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Kampung Lada.

“Manakala kes ke-220 merupakan seorang lelaki berumur 70 tahun dari Tanah Putih Baru, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 27 kes positif COVID-19 memerlukan bantuan mesin pernafasan daripada 36 kes yabg dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 2,400 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan buah hospital di negeri Pahang dan tujuh buah Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu PKRC UMP, PKRC iKPKT, PKRC ILKKM, Hotel Seri Malaysia, KUIPSAS, Hospital Jengka dan PKRC SUKPA. Manakala 678 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.

“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 36 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 24 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 12 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 27 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Menurut beliau lagi, berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan pada hari ini, sebanyak 571 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 32 kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 573 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, enam kes import (2 dari Selangor, 3 dari WPKL, 1 dari Negeri Sembilan). Terdapat 154 kes diperoleh daripada saringan kluster, 375 saringan kontak rapat, 43 saringan bergejala, 24 saringan OKT, dua saringan pekerjaan, dua saringan pra kemasukan dan tiga saringan kendiri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat sepuluh daerah mencatatkan pertambahan kes dikesan positif COVID-19 hari ini dengan kes tertinggi direkodkan di Kuantan.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (250 kes), diikuti Temerloh (119 kes), Bentong (73 kes), Bera (53 kes), Lipis (45 kes), Jerantut (28 kes), Raub (26 kes), Pekan (5 kes) dan masing-masing dua (2) kes di Maran dan Rompin,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download