COVID-19 : LAPAN KEMATIAN BAHARU, LIMA KES BERKAITAN TIGA KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 JULAI 2021: Terdapat lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negeri ini hari ini dengan lima kes daripadanya berkaitan dengan tiga kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 215 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kes ke-208 merupakan seorang lelaki berumur 52 tahun dari Kg Bau, Ulu Cheka, Jerantut. Kes ke-209 merupakan seorang lelaki berumur 64 tahun dari Kuala Lipis. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Sungai Jelai. Kes ke-210 merupakan seorang lelaki berumur 68 tahun dari Kuala Lipis. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Sungai Jelai.

“Kes ke-211 merupakan seorang lelaki berumur 28 tahun dari Kuala Lipis. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Sungai Jelai. Kes ke-212 merupakan seorang lelaki berumur 58 tahun dari Kg Lubuk Serdang, Temerloh. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Jalan Jaya. Kes ke-213 merupakan seorang perempuan berumur 53 tahun dari Lorong Daud, Kampung Padang. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Indera Mahkota 16.

“Kes ke-214 merupakan seorang perempuan berumur 48 tahun dari Taman Desa Baris, Bentong. Manakala kes ke-215 merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun dari Lorong Kempadang Makmur 66, Kuantan,” katanya.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari, sebanyak 2,232 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital di negeri Pahang dan tujuh Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini manakala 650 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.

“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 40 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 28 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 12 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 29 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan pada hari ini, sebanyak 241 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 47 kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 283 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, tiga kes import (3 dari Selangor). Terdapat 89 kes diperoleh daripada saringan kluster, 149 saringan kontak rapat, 25 saringan bergejala, 23 saringan bersasar dan dua (2) saringan pra pekerjaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua sebelas daerah di negeri ini mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Kuantan mencatatkan kes tertinggi.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (100 kes), diikuti Bentong (62 kes), Bera (44 kes), Temerloh (41 kes), Maran (15 kes), Raub (9 kes), Cameron Highlands (7 kes), Rompin (5 kes), Jerantut (3 kes) dan masing-masing satu (1) kes di Pekan dan Lipis,” katanya.

Sebanyak 288 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 19,236 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download