Oleh: Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 20 JULAI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Masjid Sultan Ahmad 1 di sini pagi tadi.
Keberangkatan baginda diiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Turut sama Ahli Majlis Kerajaan Pahang dan rakyat jelata dengan tidak melebihi 50 orang dalam pematuhan SOP yang ketat seperti dibenarkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Satu Masjid Negeri, Al Fadhil Ustaz Afif Aisar Ahmad manakala khutbah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Al Fadhil Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin.

Baginda kemudiannya berkenan melihat Ibadah Korban di perkarangan masjid diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Kerajaan Pahang, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.-PAHANGMEDIA