Oleh : Shazli Sufi Che Unik
KUANTAN, 18 JULAI 202 : “Terima kasih MB Pahang” itulah ucapan yang meniti di bibir penyewa premis peniagaan dibawah Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) apabila mengetahui mengenai potongan atau diskaun kadar sewa bulanan sebanyak 50 peratus yang diumumkan baru-baru ini.
Rata-rata yang ditemui mengakui terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda kerana orang ramai lebih banyak duduk dirumah dan kurang berada diluar menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pelanggan seperti biasa.
Seorang peniaga, Puan Sanihah Che Ngah yang penyewa premis perniagaan MBK lebih 20 tahun, jelas mengakui terkesan dengan keadaan sekarang dan perniagaan agak merosot berbanding sebelum ini.

Beliau yang mengetahui mengenai potongan 50 peratus tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keputusan yang dilihat dapat meringankan beban peniaga peniaga yang menyewa premis dibawah Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
“Saya juga berharap negara segera pulih daripada wabak COVID-19 ini agar keadaan para peniaga kembali seperti dahulu yang dapat dikunjungi oleh ramai orang,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang di premis perniagaan di Jalan Besar di sini, hari ini.
Menurut Ilya Najihah Azha yang membantu menguruskan premis perniagaan milik ibunya yang sudah berniaga dipremis tersebut hampir 10 tahun menyatakan perniagaan ibunya agak terkesan sejak pelaksanaan PKP kerana jumlah pengunjung yang kurang.
“Bagi pihak ibunya menyambut baik bantuan diskaun ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu kelangsungan peniaga peniaga kecil yang agak terkesan dengan wabak COVID19 ini,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terharu atas bantuan tersebut kerana ia jelas mencerminkan keperihatinan kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail terhadap peniaga peniaga kecil.
Dengan potongan sebanyak 50 peratus terhadap kadar sewaan premis yang diberikan sedikit sebanyak meringankan beban mereka sebagai peniaga yang agak terjejas sepanjang perlaksanaan PKP yang dilaksanakan. – PAHANGMEDIA