COVID-19 : 12 KEMATIAN BAHARU, SATU LIBATKAN KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 17 JULAI 2021 : Terdapat 12 kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dengan satu daripadanya iaitu kes ke-200 melibatkan kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 201 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kes ke-190 merupakan seorang lelaki berumur 59 tahun dari Taman Temerloh Jaya, Temerloh. Kes ke-191 merupakan seorang lelaki berumur 67 tahun dari Kg Kurnia, Jalan Gambang, Kuantan. Kes ke- 192 merupakan seorang perempuan berumur 26 tahun dari Taman Krau Indah, Temerloh.

“Kes ke-193 merupakan seorang perempuan berumur 26 tahun dari Kg Belukar Baru, Batu 3 1⁄2, Jalan Gambang, Kuantan. Kes ke-194 merupakan seorang perempuan berumur 25 tahun dari Perkampungan Pak Ngah Aziz, Bukit Goh,Kuantan. Kes ke-195 merupakan seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Koperasi, Jerantut.

“Kes ke-196 merupakan seorang lelaki berumur 69 tahun dari Jalan Tanah Putih, Kuantan. Kes ke-197 merupakan seorang perempuan berumur 62 tahun dari Peramu Maju, Kuantan. Kes ke-198 merupakan seorang lelaki berumur 87 tahun dari Kg Pandan 1, Kuantan. Kes ke-199 merupakan seorang lelaki berumur 58 tahun dari Kg Pelawan. Pos Iskandar, Bera.

“Kes ke-200 merupakan seorang lelaki berumur 65 tahun dari Bukit Segumpal, Maran. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga. Manakala kes ke-201 merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun dari Felda Kemasul, Bentong,” katanya.

Beliau berkata sehingga 12 tengah hari, sebanyak 2,182 kes positif COVID-19 sedang dirawat dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan.

“Kesemua kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan buah hospital di negeri Pahang dan tujuh buah Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu PKRC UMP, PKRC iKPKT, PKRC ILKKM, Hotel Seri Malaysia, KUIPSAS, Hospital Jengka dan PKRC SUKPA. Manakala 487 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.

“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 29 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 17 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 12 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 22 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, ini, sebanyak 311 kes yang direkodkan hari ini merupakan warganegara Malaysia manakala enam kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 309 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, lapan kes import (1 dari Selangor, 2 dari Kuala Lumpur, 5 dari Terengganu).

“Terdapat 81 kes diperolehi daripada saringan kluster, 200 saringan kontak rapat, 25 saringan bergejala, lima saringan bersasar, satu saringan kematian, satu saringan OKT, dua saringan pra pekerjaan dan satu saringan warga emas,” katanya.

Beliau memaklumkan kesemua 11 daerah mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dengan Kuantan merekodkan kes tertinggi.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (146 kes), diikuti Temerloh (34 kes), Bera (32 kes), Bentong (31 kes), Pekan (22 kes), Lipis (22 kes), Maran (15 kes), Cameron Highlands (8 kes), Jerantut (5 kes) dan masing-masing satu (1) kes di Raub dan Rompin,” katanya.

Sebanyak 317 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 18,104 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download