Gambar hiasan

SUNTIKAN VAKSINASI DI PAHANG BERADA DI LANDASAN TEPAT DENGAN 97.4 PERATUS DOS

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 17 JULAI 2021 : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Negeri Pahang berada di landasan tepat dengan 97.4 peratus dos vaksin COVID-19 telah digunakan setakat hari ini iaitu melibatkan 503,955 dos suntikan.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah berkata sehingga hari ini, Pahang telah menerima sebanyak 618,485 dos vaksin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kita (Pahang) on track. Sehingga 16 Julai, sebanyak 490,824 dos telah digunakan. Ini bersamaan dengan 79.4 peratus kadar penggunaan.

“Daripada jumlah 618,485 yang telah diterima, jumlah vaksin yang diperuntukkan untuk digunakan sehingga 18 Julai adalah sebanyak 503,955 dos, dengan peratus penggunaan sehingga 16 Julai adalah sebanyak 97.4 peratus,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata baki jumlah dos suntikan vaksin yang diterima sebanyak 114,530 akan digunakan bermula 19 Julai ini dengan beberapa pecahan.

“Daripada jumlah baki tersebut, sebanyak 770 dos AstraZeneca akan digunakan pada awal bulan Ogos sebagai dos 2.

“Manakalan sebanyak 50,240 dos coronavac (Sinovac) pula diperuntukkan untuk kegunaan dos 2 bermula dari 19 Julai.

“Selain itu, sebanyak 10,000 dos coronavac (Sinovac) untuk kegunaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri yang akan bermula pada 19 Julai dan sebanyak 53,520 dos comirnaty (Pfizer) akan digunakan bermula dari 19 Julai sebagai dos 1 dan dos 2,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download