COVID-19 : ENAM KEMATIAN BAHARU, TIGA LIBATKAN DUA KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 15 JULAI 2021 : Terdapat enam kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan tiga daripadanya melibatkan dua kluster aktif menjadikan kes kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 189 kes.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata dua daripada kes tersebut berkaitan dengan Kluster Pasar Kemunting.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah

“Kes ke-184 merupakan seorang lelaki berumur 89 tahun dari Taman Koperasi, Jerantut. Kes ke-185 merupakan seorang perempuan berumur 46 tahun dari Kg Baru, Bentong.

“Kes ke-186 merupakan seorang lelaki berumur 67 tahun dari Alor Akar, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting. Kes-187 merupakan seorang perempuan berumur 50 tahun dari Taman Indera Sempurna, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster KM22 Jalan Gambang.

“Kes ke-188 merupakan seorang lelaki berumur 39 tahun dari Taman Permatang Badak Jaya, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting. Manakala kes-189 merupakan seorang lelaki berumur 47 tahun dari Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan,” katanya.

Beliau berkata terdapat lapan kluster mencatatkan pertambahan kes disahkan positif COVID-19 iaitu sebanyak 73 kes.

“…iaitu Kluster Jalan Jaya, Temerloh (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 62 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 523 kes), Kluster Sungai Jelai (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 73 kes),Kluster Jalan Gebeng 1/11,Kuantan pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 28 kes).

“Kluster Jalan Songsang (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 22 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 90 kes), Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 52 kes dengan jumlah keseluruhan 1121 kes) dan Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 7 kes dengan jumlah keseluruhan 331 kes),” katanya.

Sebanyak 222 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 17,405 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download