Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Talam membuat laporan polis semalam.

ADN BATU TALAM DAN ADN DONG BUAT LAPORAN POLIS, NAFI DIPANGGIL SPRM

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 15 JULAI 2021: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Talam menafikan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa di laman Facebook semalam.

Beliau berkata, dakwaan yang dibuat di dalam laman Facebook Suara Penduduk Raub oleh Syamil Zaquan mengatakan beliau dan seorang lagi ADN dari daerah Raub berbangsa Melayu dilihat naik ke pejabat SPRM adalah sengaja ditimbulkan bagi merosakkan reputasi mereka.

“Tak betul saya dipanggil SPRM semalam dan ini perkara yang tidak betul dan berniat jahat. Saya semalam berada di Kuantan untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan dapat tahu mengenai posting Facebook tersebut bila ada orang beritahu saya,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Sementara itu, ADN Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin berkata, kepada UKOMP, hantaran di laman Facebook berkenaan bermotif jahat dan mencemarkan reputasi beliau sebagai ADN.

Ahli Dewan Negeri (ADN Dong), YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin membuat laporan polis semalam.

“Posting tersebut boleh mengganggu gugat kredibiliti kerja saya sebagai ADN serta boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap diri saya,” katanya.

Kedua-dua ADN ini telah membuat laporan polis malam tadi kerana menyebarkan berita palsu dan fitnah kepada mereka. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download