Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain mengagihkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Bukit Ibam.

KERAJAAN NEGERI TERUS USAHA SEGERA AGIH AIR BERSIH

Oleh : Fairus Mohd

ROMPIN, 15 JULAI 2021: Semua penduduk di kawasan terjejas (akibat pencemaran Sungai Pukin) menerima bantuan air bersih walaupun bekalan tersebut dalam kuantiti tercatu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad berkata, Kerajaan Negeri meneruskan usaha pengagihan setiap hari bagi memastikan penduduk tidak lagi menunggu air bersih dalam tempoh lama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain mengagihkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Bukit Ibam.

“Esok kita akan buat pengagihan di Zon 3 Bandar Tun Razak manakala sebelum ini kita juga telah mewakili YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan bantuan air mineral kepada pengurus-pengurus Felda serta ketua kampung dalam Dewan Negeri Bukit Ibam untuk diagih kepada penduduk felda dan kampung tradisi.

“Pihak saya juga menerima bantuan air mineral daripada Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain untuk diagihkan ke kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain mengagihkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Bukit Ibam.

Dalam pada itu, beliau akan menguruskan serta memantau pergerakan lori-lori pengagihan air bersama pengerusi taman, ketua kampung serta pengerusi Felda di setiap kawasan.

” Saya telah ke loji Air Sungai Gadak untuk melihat carta pergerakan lori menghantar air selain meninjau keadaan penempatan tangki air statik yang disediakan oleh PAIP dan lori bomba dari Kuantan yang diletakkan di Dewan Bandar Tun Abd Razak untuk penduduk mengambil air bersih.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain mengagihkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Bukit Ibam.

“Keadaan semakin pulih dan saya amat berharap agar semua penduduk bersabar dengan situasi semasa ini. Semua pihak sedang berusaha membantu semua penduduk agar dapat menjalani kehidupan dengan baik walaupun diduga masalah bekalan air,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download